Misteri Pengkebumian Neil Armstrong Di Dasar Lautan !
Keluarga Neil Armstrong semalam mengumumkan bahawa angkasawan terkenal itu dikebumikan di dasar lautan..Neil Armstrong dikebumikan di laut kerana beliau pernah berkhidmat sebagai seorang juruterbang pejuang tentera laut sebelum menjadi seorang angkasawan.. Pilihan untuk dikebumikan di dalam dasar lautan mungkin kelihatan agak ganjil bagi kita..
Neil Armstrong meninggal dunia pada umur 82 dari disebabkan komplikasi jantung..Sebuah majlis peringatan telah dijadualkan pada 12 September di Washington yang mana pengkebumian di laut adalah perkara biasa bagi veteran tentera laut yang telah meninggal dunia..
Isteri Neil Armstrong, cucunya dan beratus-ratus orang yang berkabung dan berkumpul untuk memberi penghormatan kepada Neil Armstrong, manusia pertama ke bulan,pada majlis yang telah diadakan pada Jumaat lepas. Beliau telah diberi penghormatan sebagai seorang wira dunia..
Neil Armstrong telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan dalam misi Apollo 11 pada 20 Julai 1969..Beliau merupakan manusia yang pertama ke sana dan telah disaksikan oleh penonton di seluruh dunia melalui kaca televisyen..
‘Amerika telah benar-benar hilang legenda,’ kata Eugene Cernan, angkasawan Apollo yang merupakan manusia terakhir yang telah berjalan di atas bulan.
Armstrong merupakan ikon dunia dan juga inspirasi kepada tentera, pelajar sekolah dan manusia di seluruh dunia..Kematiannya sangat memberi kesan yang mendalam kepada manusia sejagat.



0 comments:
Post a Comment