Searching...
Wednesday, 13 November 2013

(VIDEO) Bayi Sebut Allah Berulang Kali


Seorang bayi yang baru lahir di Bahrain telah menuturkan kalimah mulia iaitu Allah... Allah.. Allah.. berulang kali... Inilah kebesaran yang Allah telah kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir~
Di dalam satu hadis, RasuluUllah SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam ada bersabda yang mafhumnya, setiap yang bayi lahir dalam keadaan fitrah (suci), maka kedua ibu bapanyalah yang akan mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani (kristian) atau majusi (penyembah api)~
Ibu bapalah yang mencorakkan anak mereka sejak dari dalam kandungan lagi.. jika kedua ibu bapanya tidak berhenti berzikir, membaca al-Quran, bersedekah dan membuat pelbagai lagi amalan baik, pastinya si anak yang dalam kandungan akan terkesan.. begitu jugalah sebaliknya jika ibu bapa membuat perkara-perkara negatif, pasti sedikit sebanyak akan terkesan juga pada si anak...
Jadilah ibu bapa yang baik dan coraklah anak-anak dengan sebaik-baik didikan~ Mudah-mudahan mereka akan menjadi penyejuk mata penyaman jiwa bila kita berada di alam sana nanti~
SubhanaAllah WalhamduliIllah WalailahaillaAllah WaAllahuakbar~
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim~


0 comments:

Post a Comment

Promosi @ Bawah RM50 Shop

 
Back to top!